Followers Dia

Oct 24, 2010

Top 10 artis sumandak Sabah yang cantik

Negeri Sabah ini boleh dikatakan telah banyak melahirkan anak-anak seni yang cukup popular dan dikenali di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa (bukan bohong semata-mata ya). Tak kira lar ya sama ada dari bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan, peragaan dan banyak lagi bidang seni yang lain yang rasanya sampai keluar anak tekak pun tak habis sebut. Ada antara mereka ini begitu menyerlah bukan sahaja atas jasa kontoversi yang menimpa tetapi juga atas bakat yang memang layak lah dapat tempat dan nama kat Malaysia ni. Jadi berikut ialah merupakan 10 orang sumandak Sabah yang teratas pada pendapat saya yang mempunyai wajah jelita, comel dan yang paling penting mempunyai bakat yang baik punyerrr!.. Popular juga bah dorang ni :


10. Linda Nanuwil : bekas pelajar AF2 ini merupakan naib juara bagi rancangan tersebut. Sekarang dia ni tenggelam timbul pula dalam dunia seni ni, sekejap ada sekejap tak ada. Walaubagaimanapun, Linda dikatakan telah mengeluarkan album Kadazan Dusun di Sabah. Gud luck Linda!



9. Adira : bintang yang baru bersinar ini merupakan naib juara juga dari rancangan AF8. Adira adalah bintang yang sangat berbakat dan jika pandai membawa diri dalam industri kita ni, tak mustahil dia boleh setanding Siti Nurhaliza. Adira sangat beruntung kerana telah berjaya menyertai AF dengan kakak sendiri iaitu Ema. Teruskan Adira !


8. Ain : artis kelahiran AF8 ini pernah dikatakan bakal menjadi satu fenomena dalam AF pada minggu pertama persembahan beliau, namun telah disingkirkan sebelum konsert akhir kerana persembahan yang dikatakan menjadi suam-suam kuku jer. Tapi orang bilang Ain ni seiras Beyonce (betul ker). Ain!!!...



7. Che'nelle : artis antarabangsa yang cukup popular dengan lagu " I fell in love with the DJ" ini adalah berasal dari Kota Kinabalu. Beliau lebih dikenali di peringkat antarabangsa berbanding Malaysia. Bangga juga lar ada juga lah orang Malaysia yang berjaya di luar sana. Malaysia boleh !..hehe



6. Azharina Azhar : artis kelahiran Sabah yang agak senior berbanding sumandak lain yang tersenarai dalam Top 10 ini merupakan artis Malaysia yang sangat sporting dan tidak hipokrit berbanding artis lain. Lagu beliau iaitu Elegi Sepi masih merupakan antara lagu yang dikatakan lagu "berhantu". Sekarang Azharina sudah single ya...hehe...



5. Noni : bekas pelajar AF5 ini pada mulanya memang kurang digemari oleh penonton dan telah disingkirkan pada minggu ke-4. Berbekalkan muka yang boleh dikira cantik dan bakat dalam diri, Noni kini tampil lebih kepada bidang lakonan berbanding nyanyian...



4. Marsha : Finalis AF3 ini terkenal dalam bidang peragaan, lakonan dan nyanyian. Marsha kini lebih menyerlah dalam bidang peragaan dan lakonan berbanding nyanyian sama seperti noni tadi. Kemanjaan Marsha antara yang menjadi tatapan peminat..walaupun ada gediknya...hehe..



3. Stacy : sumandak Sabah yang agak berjaya dalam persada seni sekarang ini adalah merupakan juara AF6 yang terkenal dengan kelincahan di atas pentas dengan tarian yang memukau. Wajah yang comel juga merupakan aset Stacy selain gigi lar...haha....



2. Amber Chia : Model yang berasal dari Sabah ini adalah merupakan model antarabangsa. Amber juga pernah berlakon filem. Beliau merupakan supermodel Malaysia dan yang patut dibanggakan, beliau berasal dari Sabah!!!!...hehe



1. Joanna Sue : Artis baru sumandak Sabah ini merupakan naib juara Bintang RTM dan pernah menjadi Unduk Ngadau 2007. Kejelitaan Joanna telah menambat hatiku pertama kali melihatnya di kaca TV (hahaha). Mempunyai lagu duet dengan Aliff Aziz iaitu Kalau Cinta.. (best tau).. Tahniah Joanna !




Jadi itu sajalah sumandak-sumandak kita pada kali ini. Kalau ada bantahan, bantah ja lar... memang ruangan komen tu disediakan untuk menerima kritikan mahupun pujian atau perasaan entah apa entah.. hehe....






Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

9 comments:

Fur Bites Pet Shop said...

ya... bgus bah sumandak2 sabah ni... mantap... hidup sabah..^^

Unknown said...

rindu sumandak sabah

Unknown said...

Sumandak2 Sabah terbaik

Unknown said...

Sumandak2 Sabah terbaik

Unknown said...

Wawa zainal??

Unknown said...

Wawa zainal??

Unknown said...

Cantik ?? Uwerkkkkkķkk!!!!!!!!!!

Unknown said...

dusun2 sahaja ke !! , opss !! Bunyi macam racist pulak kan ,huhuhu!! sorry guys!! *sabah not for everyone !! So ,anak ogie dan jomo bajau dan lain2 , jom buat blog masing2 , and keep it up to more advance , we must be united for our future , not for people like them !

rumPeLsTiLtsKin said...

cantik bah and manada semua dusun tu....npa pulak kau kasi malu negeri sendiri....kalu suda cantik ko mo buat apa..ogie tu ,,,bugis ka....kalu itu bukan bumiputra sabah...bajau , brunei,,kadazan,,lundayuh etc ya lah betul local

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...