Followers Dia

Jan 23, 2011

10 Tips Menghilangkan Bau Busuk Kasut


Pernah x anda mengalami apabila anda mula membuka kasut kawan2 atau org lain akan cuba mengelak dari mendekati anda atau kawan yg mula menutup hidung ? jika....

a) YA - jgn lak x sedar diri atau ko still ragu2 dan  x tahu bahawa anda kasut anda sebenarnya memang berbau busuk, apatah lagi kaki korg.. tikus pon x de selera nak gigit..kah3..

b) TIDAK - tahniah! kerana anda memang seorg yg menajga kebersihan diri... ke kasut korg still baru lagi.. bau pon bau kedai ja lar...hehe

sekadar hiasan..hehe


Berikut merupakan tips2 atau petua2 yg boleh diamalkan oleh korg2 yg menjawab YA tadi kerana bukan sahaja kita dapat meningkatkan keyakinan diri berhadapan dgn org lain selepas membuka kasut, org pon x lar terganggu x lar mengelak sangat...

1. Taburkan Baking Soda ke dalam kasut pada malam hari dan biarkan selama satu malam. Esok pagi sebelum menggunakannya baru lar anda bersihkan dan bau busuk akan hilang. Bedak baby juga boleh digunakan bagi mengganti baking soda kerana kedua2nya merupakan zat penghilang bau.

2. Biarkan kasut anda terdedah kepada udara. Selepas menggunakan kasut tersebut, buka ikatan kasut dan keluarkan alasnya dan letak atau jemur di tempat yg terbuka kerana dapat mengeringkan peluh kaki anda oleh angin atau cahaya matahari. Menggunakan semula kasut anda akan terasa lebih selesa dan nyaman.

3. Hindari menggunakan kasut yang sama selama 2 hari berturut-turut.

4. Cucilah stokin kaki anda menggunakan produk2 yang mengandungi bahan peluntur atau pencegah kuman. Ini dpt m'elak munculnya bau pada stokin kaki dan kaki korg. Cuci lar setiap hari atau selepas digunakan.

5. Amalkan mencuci dan mengeringkan kaki terlebih dahulu sebelum memakai kasut

6. Kasut yg basah harus dijemur terlebih dahulu sebelum digunakan kembali. Jika kasut itu lembab atau basah, ia akan berbau busuk dalam jangka waktu satu hari.

7. Pakailah antriprespiran pada kaki. Korg blh gunakan pelembab sblm memakai kasut, ini dpt mengelakkan kaki dari berpeluh dan mengeluarkan bau yg kurg menyenangkan.

8. Jangan lupa memakai sarung/stokin kaki, ia sebenarnya dapat menyerap peluh kaki anda dan mengelakkan pembiakan bakteria dalam kasut.

9. Sentiasa mengambil berat akan penjagaan kaki. Gosok kaki perlahan2 dgn menggunakan pencuci bagi menghilangkn kotoran setelah seharian. Jangan sekadar membasahkannya ketika mandi..

10. Bau busuk dalam kasut disebabkan oleh bakteria, oleh itu anda juga boleh menyembur atau menggunakan bahan seperti Dettol bagi membunuh bakteria tersebut..


So, jaga lar kebersihan kasut anda.. jgn biarkan ia berbau BUSUK lagi!

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

4 comments:

MG schmidt said...

bau kaki mmg amat tidak menyenangkan

sesiapa ada masalah kaki berbau boleh try multi purpose spray deodorant
boleh juga mengawal bau badan
lebih lanjut boleh lihat sini
https://www.facebook.com/pages/Pewangi-Ajaib-Odor-X/336781856486607

Faeza Dot Me said...

sy dah cuba guna soda bikarbonat...mmg bkesan...

Faeza Dot Me said...

sy dah cuba guna soda bikarbonat...mmg bkesan...

NINA FARHANA said...

Nak pengsan bau kasut suami haha. Kasut futsal/bola terutamanya.😂😂 tq share tips

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...