Followers Dia

Jan 24, 2011

Atasi Masalah Nafas Berbau


Korg tahu x yg masalah nafas berbau atau istilah sains dia Halitosi ini sebenarnya telah di alami lebih kurang 80 juta org di seluruh dunia termasuklah halitosis tahap kronik dan ia juga menjadi sebab ketiga terkerap mengapa org mendapatkan bantuan doktor/pakar pergigian dan  mengikuti karies pergigian. Jadi korg x perlu lar risau kerana anda x berseorangan... ada 80 juta lagi menghidapi perkara yg sama....hehehehe..

Halitosis merujuk kpd penyakit nafas berbau atau nak ayat lebih skema sikit ialah bau yg kurg mnyenangkan dri nafas seseorang, lazimnya terjadi akibat aktiviti tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut.

Halitosis biasa berlaku kpd pesakit mhupun org sihat pada saat bangun dari tdo pada waktu pagi. Lebih kurang cam air liur basi lar. Ia disebabkan tindak balas bakteria yg berada di sekitar mulut thadap sisa makanan yg melekat kat celah gigi, kerongkong, lidah, lelangit atau gusi korg tu. Jadi semua org kira pernah mengalami lar penyakit ne sbb nafas siapa yg x bau bangun2 tdo ne sila letak siku kat telinga.. ada??? tiada kan...haha

Sila ambil perhatian ! Penyebab utama masalah nafas berbau ini / Halitosis ialah...

1. Kelemahan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan oral. Termasuklah ketidakkebersanan dalam memberus gigi, membiarkan celah-celah gigi dipenuhi dengan sisa makanan dan plak kotoran.
2. Nafas pada waktu pagi berbau kerana terdapat kesan air liur basi yang tidak dibersihkan dengan baik.
3. Makan larut malam dan tidak membersihkan mulut sesudah makan.
4. Kotoran atau sisa makanan pada lendir mulut seperti kahak, air liur dan hingus yang tidak dibersihkan.
5. Penyakit gusi seperti kebengkakan gusi dan gusi berdarah.
6. Enggan meminum air suam dengan secukupnya.
7. Berpuasa secara berlebih lebihan
8. Kurang penggerakan mulut seperti bercakap dan banyak diam dan tidur.
9. Besi penyusun gigi kotor dan tidak dibersihkan degan baik.
10. Kerongkong dipenuhi dengan sisa makanan dan kahak terendap pada dinding kerongkong.
11. Penyakit paru-paru.
12. Gemar menghisap rokok dan meminum minuman manis, berkafein atau beralkohol. Memakan makanan tenusu dan berlemak tanpa mencuci mulut selapas itu. Gemar memakan makanan berbau seperti herba, ulam-ulaman, petaidurian dan bawang.
13. Sinusitis.
14. Mengambil ubatan yang mengeluarkan bau tidak meyenangkan seperti Anti-histamine, Diuretic dan Tranquillesers.


Nak mengelak atau mengatasi masalah ne sebenarnya ada caranya... x pyh lar korg nak mengeluh atau kontrol habis nak keluarkan suara semasa berbual konon2 x bau lar nafas korg tu kat kawan..hehe...jadi berikut ialah pencegahan dan rawatan yg dapat dilakukan...

  • Mencegah dari melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan gejala penyakit nafas berbau terjadi seperti diatas.
  • Sentiasa meminum air masak yang mencukupi, sekurang-kurangnya 8 (lapan) gelas sehari.
  • Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan gula dan bau.
  • Sentiasa memberus gigi dengan ubat gigi anti-bakteria sebelum dan selepas tidur dan makan.
  • Sentiasa berkumur dengan air bersih setiap kali selepas bercakap banyak dan makan dan minum.
  • Elakkan merokok dan memium arak.
  • Kawal dan belajar cara bernafas degan betul. Seperti menarik nafas dengan menggunakan hidung dan hembus nafas dengan mulut, Nafas dengan perlahan, berterusan dan selamat, beljar mearik dan menahan nafas dengan selamat dan berkesan. Amalkan selalu.
  • Rujuk doktor gigi dan pakar pernafasan selalu.
  • Jika perlu, kunyahlah chewing gum yang berasa pudina untuk nafas yang lebih segar.


Selamat beramal ngan pencegahan dan rawatan tadi....hehe

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

1 comment:

Dr Akbar Abdullah said...


Artikel yang menarik mengenai halitosis atau nafas berbau. Sebenarnya masalah nafas berbau ini boleh diatasi sekiranya kita tahu caranya. Antara yang mudah ialah kita harus menjaga kebersihan gigi, gusi dan mulut. Namun ada juga masalah nafas berbau yang harus mendapat perhatian doktor seperti yang disebabkan oleh resdung atau sinusitis.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...