Followers Dia

Jan 23, 2011

Shisa 450 kali lebih Bahaya Daripada Rokok Biasa


Org yg x merokok beranggapan menghisap Shisha ne lebih selamat berbanding menghisap rokok... lau perokok tegar lak menghisap shisha ne kira cam buka kacang jer.. hujung jari... tp kenyataan yg ingin diubah d sini ialah shisha ne sebenarnya adalah 400-450 kali lebih berbahaya drpd rokok biasa..ia telah dibuktikan melalui kajian daripada 


" Department of Health and the Centre for Tobacco Control, yg mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!".



Mengatakan ia lebih selamat drpd merokok adalah  tidak wajar sama sekali sbb kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Hal ini kerana :
  • Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu 
  • Tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
  • Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. 
  • Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. 
  • Arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.


Amaran! penting juga kepada penghisap shisha yg biasa melepak kat kedai kopi, restoran mahupun Jesselton Point KK ne..hehe..disebabkan oleh bajet yg terhad biasanya perkongsian paip shisha akan berlaku..secara x disedari ia telah mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. aarrr dah kecut perut?? so x lar mengairankan sgt jika hospital2 di negara arab sana terutamanya mesir berlambak pesakit penyakit ne...hohoho.. jika menyewa shisha di kedai pon, leh terjamin ker kebersihan kesan air liur drpd pengguna sebelum ne? ok angkat kening korg menandakan turut bersetuju!

Jadi sedar2 lar dan renung2kan dgn x mengamalkan budaya shisha mahupun MEROKOK ... kerana  " x ada faedahnya merokok, kasi hbis duit saja" - ayat org yg x merokok.. biasanya perokok yg x ada point nak balas, akan kata ayat ne " tp kasi lapang perasaan dan rasa senang hati bah merokok ne, kasi hilang stress".. kalau x ada duit nak beli rokok lagi stress...hik3...


Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...