Followers Dia

Jul 30, 2011

Duit Syiling Baru Malaysia 2012


Adui lama x update belog ne. Entry terbaru ne memang tiada kaitan ngan elaun kami yg baru masuk ne..(motif?? haha). Ok Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling baru dan akan didedarkan pada awal tahun depan (2012). Duit syling tu ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen (kan bgus kalau ada 30 sen, senang p tandas).

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling yg baru ne. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia. Duit syiling ini jugak dikatakan lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. 

Kali ne duit syling ne berwarna kuning dan perak. Ia mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan (ciri paling prihatin) . Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Reka Bentuk Duit Syiling

  • Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara. 
  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi
Ikon
50 senSulur Kacang
20 senBunga Melur
10 senOrang Asli Motif
5 senDestar Siga



  • Bahagian Belakang Duit Syiling
    Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
p/s: Harap2 duit kertas baru yg dorg nak lancarkan bulan september tahun ne kalis air dan api... fuyooo berangan gila.. ahha


Sumber: Bank Negara Malaysia

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

6 comments:

t a u f i k said...

haha. akhirnya, new entry! syiling baru ni bling bling oh

Md.Fadzil Masri said...

hehe...ya at last...haha

JoenLove said...

bole jual ka tu zil...wakakaka

Md.Fadzil Masri said...

boleh bah kalau ko...haha

muhammadfathimarzuki said...

da lame da. . .:). btw nice bro~

farie riri said...

Hahahaha kalau kalis api mmg smua kumpul jd kan baju kalis peluru

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...