Followers Dia

Jan 19, 2011

Alamak Jerawat!


Alamak JERAWAT! kpd yg dah cukup umur tu jerawat ibarat mimpi buruk kpd diri. Ia diibaratkan senyum yang menampakkan sebaris gigi yang hitam di depan. Malu giler nak berdepan ngan org len jika jerawat x dapat nak disembunyikan wlaupun dengan mnipu org len tu adalah tahi lalat!. Tak berkesan lar langsung.

Punca jerawat ne adalah seperti berikut yang perlu dihindari, jika tidak jerawat akan dtg memberi SALAM!.
  • Faktor hormon terutama utk perempuan dlm lingkungan umur subur punca utama masalah jerawat. Kebanyakkan dlm umur belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor ahli keluarga yg banyak jerawat.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Ketegangan dan stress emosi yg dihadapi setiap hari. 
  • Terdedah kpd asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar (panas).


Tentu anda pernah mengalami situasi berikut kan. Jangan tipu lar, gerenti tu! ayat2 di bawah pernah diluahkan atau dilontarkan kepada anda, x caya tengoklah :

 Situasi 1 : Muka Licin
" Licin gila muka ko, guna produk apa erk? "
" ko ne dah akil baligh ke tak,takde jerawat pon?"
" bagi lar aku tips kurgkan jerawat "


Situasi 2 :
" euuww, ko tak pakai apa2 produk ke? "
" byknya jerawat, besalah tu proses utk dewasa "
" bgus ko search kat internet tips2 hilangkan bnda tu"

So, berikut adalah tips2 yg boleh dilakukan oleh mereka2 yg bkenaan utk menghilangkan jerawat, x dpat hilang scara natural kita ikhtiar lar guna tips2 berikut :

1. Mencuci / basuh muka 2 kali sehari meggunakan produk atau sabun yg lembut bgi mghilangkan minyak di permukaan wajah. Tp jgn lak mggosok berlebihan sbb akan mningkatkan produksi minyak lak kat kulit wajah.
2. Sesuaikan kosmetik dgn jenis kulit anda , cthnya kulit yg berminyak cri produk khas bgi kulit yg berminyak.
3. Hindari kosmetik yg berminyak, khusus bgi prempuan yg dri jauh pun nmpak 'bersinar' ja kulit dia kerana kosmetik yg berminyak dan mbolehkan jerawat merebak.
4. Banyakkan minum air putih, minima 2 liter sehari.
5. Gunakan pelembab kulit mgelakkan kulit kering.
6. Pastikan kulit bersih sebelum tidur (cuci muka dulu sebelum cuci kaki lar)hehe
7. Selalulah makan sayur dan buah.
8. Mempunyai tidur yang cukup dan teratur.
9. Elakkan sauna muka kerana boleh menjadikan jerawat btambah teruk.
10. Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut kerana minyak biasanya dtg dari kepala yg berpeluh.
11. Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Ubat jerawat ne terdapat dalam bentuk ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair), ubat makan (pil, kapsul). So, bagi mngelakkan jerawat ini adalah bermula dri kebersihan diri juga, tpi jangan terlalu leka nak membersihkan luaran wajah kita tnpa membersihkan 'dalaman' kita. Keseimbangan adalah penting juga. Bye!

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...