Followers Dia

Jan 26, 2011

Berdengkur Membawa Maut


ZzZzZzZzZzzzzzZzzzzzz!!! simbol tu bukan shaja digunakan utk mereka2 yg sedang tidur bahkan sebenarnya ada lambang bagi dengkuran yg setaraf ngan guruh di langit (ok itu auta). Berdengkur ne kita anggap sebagai satu tabiat yg melucukan walaupun sebenarnya merupakan salah satu penyakit dan jika kronik boleh membawa maut. Tidur di sebelah org yg kuat berdengkur ne adakalanya membingitkan telinga kita dan kemungkinan kita juga pernah melakukan perkara2 berikut kepada si dia...

1. Memicit hidung yang berdengkur ne selama beberapa saat
2. Membangunkan mereka dengan kasar dari tidur
3. Menendang2 badan mereka menggunakan kaki (slow ja lar)
4. Menutup muka mereka dengan bantal



Ok itu smua pengalaman aku sebenarnya..haha..dengkur ini disebabkan oleh saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yg menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’. Org yg berdengkur ne sering dikaitkan dengan org yg terpilih mempunyai berat badan yg berlebihan.. ada betulnya juga kerana dengkuran ini berlaku disebabkan oleh...

1. Rahang yg rendah
2. Hidung tersumbat
3. Tonsil bengkak atau anak tekak y besar
4. Berusia atau putus haid
5. Obesiti
6. Mengambil alkohol
7. Pengambilan sesetengah jenis ubat
8. Merokok
9. Alahan bermusim seperti selesema @ hidung gatal

Betulkah berdengkur boleh membawa maut?? betul lah...msalah berdengkur ini dikaitkan dgn masalah tidur serius dikenali 'sleep apnea'. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih drpd 10 saat sewaktu tidur, ia boleh berulang kali sewaktu kita tidur dan menyebabkan kurang oksigen dlm darah pesakit. Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glukoma dan sebgainya. Jadi amatlah penting mendapatkan nasihat pakar ttg masalah yg korg hadapi kerana jika keadaan menjadi lebih serius ia boleh membawa MAUT. 

Kepada yg terasa tu anda sebenarnya boleh mengubah masalah dengkuran anda itu dengan mengamalkan perkara2 yg berikut :
  • Kurangkan berat badan jika badan anda ne gemuk
  • Berhenti merokok dan mengambil minuman keras
  • Ubah posisi tidur. Tidur secara mengiring bgi mengurangkan dengkuran
  • Gunakan bantal yg tebal untuk memudahkan pengaliran udara
  • Semburan hidung bgi hidung yg tersumbat
  • Terapi gantian hormon bgi mereka yg putus haid
  • Pembedahan jika mendapat pdgn doktor
  • Menggunakan pelekat hidung seperti yg terdapat di pasaran "Breathe Right" utk tempoh 12 jam tnpa dengkuran
Dengkuran ne x lari juga dari fakta2 menarik yg dapat dikongsikan bersama.. antaranya ialah...
  • Dengkuran adalah normal dan dikesan lebih pd lelaki berbanding perempuan'
  • Guinness Book of World Record, dengkuran paling kuat yang pernah dicatatkan adalah sehingga mencapai 93 desibel. Ianya bersamaan dengan bunyi sebuah lori yang sedang melintas di sebelah katil anda. Ia akan berulang setiap 10 saat semasa tidur.

Oleh itu jadikanlah malam ini merupkan malam terakhir dengkuran anda.. ceeeehh dah mcm iklan plak.. hilangkan dengkuran bagi menjamin kehidupan yg lebih harmoni dan bahagia kerana hakikatnya tiada yg menikmati bunyi dengkuran ini seperti menikmati muzik yg mendayu2.. nak tempeleng ada lar.. hehe

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...