Followers Dia

Jan 24, 2011

Fakta Senyum Anda Perlu Tahu



1, 2, 3! Senyummmm... betul ke nak ambik gambar family atau berdua ngan y tersyg baru nak senyum?? Sbenarnya senyum ini ada kelebihannya yg tersendiri yakni fakta2 yg akan membuat anda senyum sentiasa.. Amalan senyum ini dpt mengubah perspektif org lain, perspektif yg mcm mana tu?? x kira lar perspektif yg...

  • POSITIF - anak sapa ne.. mesra sgt.. sejuk ibu dia mengandungkan 9 bulan (wlaupunx cukup bulan lahir..hehe)... org baik ne..
  • NEGATIF - dia ne ok ke x ne?? senyum sorg2... haisshhh menakutkan.. org gila kot....

Walau mcm mana pun pndgn org lain apabila kita senyum yg penting ada telah mendapat faedah2 yg dapat kita lihat melalui fakta2 yg berikut.. apa2 pon senyumlar kerana ia SATU SEDEKAH.... 


1. Pakar telah mendapati senyum @ ketawa adalah satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pakar psikologi barat percaya memulakan hari dgns enyuman dpt menceriakan hidup anda dan juga memberi kebaikan kpd kesihatan korg. 

3. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

4. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. 

5. Kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

6. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.



7. Terdapat 1 kajian yg menunjukkan sesiapa yg  ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit kerana ketawa mnyebabkan tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


8. Tahukah korg bhawa  kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa. 



9. Kanak-kanak berumur antara 4-6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Sebab tu lar org dewasa lebih mudah tekanan atau murung.. kanak2?? cam tiada masalah ja kan..

10. Kajian yg dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kpd sistem ketahanan badan.

11. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dlm badan bertambah selaras dgn pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

12. Senyuman mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

13. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

14. Senyuman dan ketawa antara senaman yg baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dlm abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

15. Ketawa mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan n penyerapan nutrient dlm badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. Bgus ne!

16. Senyum itu satu sedekah sperti yg terdapat dlm ajaran Islam.. dengan melemparkan senyuman kpd org lain mungkin akan membawa kepd satu ikatan spt ikatan persahabatan mahupun kasih sayang.. x hairan lar jika jejaka2 memulakan proses memikat dgn senyuman kpd si dia..hehe




Oleh itu kita jadikan amalan senyum itu dlm kehidupan... tp menggunakan prinsip SENYUM YG BERTEMPAT... sbb lau snyum bersepah ada lak yg kena bwa guna ambulans p hospital sakit jiwa.. kih3x...senyum x merugikan sesiapa dan x memerlukan modal langsung.. 

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

2 comments:

Unknown said...

lepas ni aku senyum 24 jam HAHA..

Md.Fadzil Masri said...

ko akan jdi org paling ceria kat muka bumi ne...haha

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...