Followers Dia

Jan 20, 2011

Lelaki vs Perempuan, Siapa Menang?


Ok sekarang kuiz kita antara LELAKI vs PEREMPUAN siapa menang? pembaca sekalian terdiri dri lelaki dan perempuan jdi dah tentulah masing2 nak menang kecuali pihak BERKECUALI, tetapi fakta2 berikut akan dapat membuktikan kemenangan berpihak kepada siapa, jadi kita sama2 tengoklah. Ini bukan diskriminasi jantina erk!

Setiap fakta2 ini telah dikaji oleh mereka2 yg berkelayakan, jadi tiada bantahan ye. Ok pemenang bgi setiap fakta akan dinyatakan di akhir fakta , ia akan berwarna MERAH, lelaki akan diwakili oleh L manakala perempuan akan diwakili oleh P. Baiklah , Ready! get set! Gooooo!


1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam. (L)

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat. (P)

3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan. (P)

4. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat berbanding lelaki. (L)

5. Wanita lebih baik deria baunya disebabkan tingginya 
hormon estrogen yang dikenali juga sebagai perangsang aktif 
deria bau. (P)

6. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar peluh ( 
yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki. (L)

7. Kemampuan deria lelaki untuk mengecam rasa masam, manis dan masin adalah lebih rendah daripada wanita. (P)

8. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37. (P)

9. Kekuatan genggaman tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita. (L)

10. Lebih dari dua kali ganda perempuan yang hidup sendiri dibanding lelaki setelah usia 65 tahun. (L)

11. Kajian di Amerika, wanita menggunakan masa hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja berbanding lelaki. (L)

12. Perempuan lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksa giginya dgn doktor gigi secara rutin berbanding 40 % pada lelaki. (P)

13. Satu per empat, perempuan berbanding lelaki yang gagap. (P)

14. Perempuan rata-rata menghabiskan masa di tandas 2 
kali ganda berbanding lelaki. (L)


15. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada perempuan. (P)

16. Lebih banyak perempuan menggunakan kacamata dan kanta lekap, antara usia 16 - 44 tahun berbanding lelaki. (L)

17. Lebih banyak perempuan dapat bernyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelako. Pita suara lelaki adalah lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar. (P)

18. Hubungan kekeluargaan yang baik meninggikan kualiti 
hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki. (P)

19. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam bidang ukur ruang berbanding perempuan. (L)

20. Sperma lelaki yang menentukan jantina bayi dan bukan ovum yg dihasilkan oleh perempuan (L)

21. Pada tulang punggung manusia, perempuan lebih lebar dan besar kerana timbunan lemak pada punggung, tetapi lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut. (L) (P)



Keputusan bagi LELAKI vs PEREMPUAN ini telah dimenangi oleh kedua2nya, haha.. saja jer bagi seri sebab lelaki dan perempuan ini telah diciptakan oleh tuhan kerana dua2 adalah saling memerlukan, x kiralar siapa lebih baik dari siapa yg penting tak lelaki dan perempuan x meriahlah dunia ini. Tapi takpe lar, kita dah dapat fakta2 menarik yg menunjukkan kekuatan dan kelemahan masing2 kira adil lar ye.. Bye!

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

2 comments:

aD iNfiNituM said...

hehe suspen jak :-P ermm masing2 da klbhan n kkrgan kn ;-)

Fadzil Punya said...

haha... tol3.....so jgn gaduh2..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...