Followers Dia

Jan 20, 2011

Ulser Mulut! Perrgghhh


Aku antara org2 yg selalu terpilih kena Ulser Mulut ne, kalau kena sekali memang tak nak kena lagi! Ok lar ulser mulut ne ialah benda bulat yg berwarna putih atau sedikit kuning. Tapi tengok betul2 juga, kot2 lar salah tngok cebisan nasi plak. Nak lebih pasti lagi ialah disekitar bulatan itu atau yg tak berapa nak bulat tu agak kemerahan. Sakit jika terkena mkanan atau minuman. Rasa nak nangis jer nasib bek kwan ada di sebelah, terpaksalah kontrol!. arrghhh.

Ulser ne selain bahagian dlm pipi leh juga menjangkiti lidah kita, jdi jgn heranlah kwan kita yg sebelum ne hyperaktif tiba2 jadi pendiam atau ga ga gagap coz sakit nak bercakap. Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. Kalau dah lebih 2 minggu segeralar jumpa doktor sbb takut ia menjadi kanser, jgn main2! 

Penyebab ulser ne ada mcm2, jdi kalau dah tahu ramai2 lar 

kita elakkan, antaranya :

1. Tergigit semasa mengunyah makanan.
2. Kekurangan zat makanan.
3. Terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.
4. Terkena dawai ortondik.
5. Tekanan, kurang rehat atau tidur.
6. Keadaan mulut yang kotor.
7. Jangkitan bakteria taua fungus.

Kita selalu dengar mak2 kita selalu menasihati utk meletakkan secubit garam di atas ulser tersebut, tapi perlu diingat cara ini amatlah menyakitkan!!! ataupun berkumur2 menggunakan air garam. Jadi cara/petua lain yg boleh dilakukan untuk mengubati ulser ini tanpa mengalami kesakitan ialah :

  • Hindari makan makanan yang terlalu pedas.
  • Minuman berasid.
  • Guna antiseptik untuk berkumur.
  • Minum air dengan banyak.
  • Letakkan ketulan ais di tempat yang sakit.

  • Letak gel untuk ulser – Bonjela (ada mcm2 lgi jenis ubat)
  • Berehat dan tidur secukupnya.
  • Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan yang baik.
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil.

Jadi takkan x faham2 lagi, kenalah jaga kebersihan mulut tu elok2.. sekaligus dapat mengelakkan masalah nafas berbau agar tidak dihindari oleh org len, nti kita kupas lagi isu itu. No more Ulser Mulut!

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

5 comments:

t a u f i k said...

this hurts! balik2 kena! thanks for the info

Fadzil Punya said...

welcome... beli ja bonjela tu..

MUHAMMAD KHAIRUL FAHMI BIN MUSA said...
This comment has been removed by the author.
Fahmi Ha Seok said...

like it!
klu aq kna mcm ptah tumbuh hilang b'ganti...haha...

Fadzil Punya said...

haha... bah apa lgi..ikut lar tip2 yg diberikan

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...