Followers Dia

Feb 28, 2011

Bye-bye 19, Welcome 20! Akan Datang!


6.Mac.1991 adalah tarikh keramat buat aku kerana telah dilahirkan oleh ibu yg cantik n ayah yg hensem... anak dia korg nilai lar sendiri...ceeehhhh......tinggal seminggu ja lagi ne mau menempuh umur 20 tahun... rasa bersyukur sgt kepada Allah s.w.t kerana berkat rahmatnya aku telah dapat hidup selama 20 tahun dan terima kasih sebab memilih diriku di antara berjuta2 untuk menemui dan menerima kasih keluargaku, menikmati indahnya persahabatan, merasai damainya negara Malaysia ini dan paling indah lahir sebagai seorang Muslim....



Aku sengaja je nak buat entry sal birthday ne awal2 coz nak bagi peringatan kpd keluarga mahupun kawan2 yg telah lupa akan hari kelahiranku...wahahhaha.... bukan nak tagih hadiah mahupun wishes korg tu tapi cukup sekadar mengingatkan korg bahawa tak lama lagi BIRTHDAY aku!! hahaha... tak lama lagi nombor 1 kat depan tu dah hilang dah berganti ngan nombor 2 lak.... tapi pjg umur aku akan bertemu ia lagi ketika aku berumur 100 tahun kelak... InsyaAllah....



Dah terlanjur buat entry pasal umur yg semakin meningkat ne walaupun tanpa kita sedari, ini lar masa untuk kita termenung sekejap dalam 5 minit pon dah kira ok lar tu... kita kenang sepanjang umur kita ne segala pahit manis kehidupan telah kita lalui... tp adakah kehidupan yg telah kita lalui saban tahun itu telah menjadikan kita insan yg lebih baik dari tahun sebelumnya??? adakah hidup kita sekarang adalah pada tahap yg kita boleh banggakan??? kalau tidak ini lah masanya utk kita untuk menanam dalam diri bahawa " I should get better " dalam kehidupan ini kerana HIDUP INI SINGKAT, JADI NIKMATILAH IA SEOLAH2 KITA AKAN MATI KEESOKKANNYA...



Aku bersyukur dgn kehidupan aku sekarang walaupun banyak lagi yg belum aku capai dalam hidup... sdh menjadi lumrah manusia tidak akan puas hati dengan apa yg ada dalam hidup... jika kita rasa kita adalah insan yg paling x bernasib baik.. tak kira lar kita ne dilahirkan hidup susah, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah pelajaran atau apa sekalipun.,..ingat lar bahawa ada lagi org yg lebih susah dari kita... aku berpegang kpd prinsip INGATLAH MASA SUSAHMU...tak kira kita berada di mana sekarang kita kena ingat masa lalu kita juga dan siapa yg membantu kita menghadapinya terutama IBU BAPA kita....



Jadi itu saja lar ceramah hari kelahiran kita pada hari ne...hehehe... nanti kita sambung lagi pada hari lahir aku ne pada masanya...hehehhe... Sebelum tu aku nak buat wish sblm bithday aku yg aku nakkkkkkkkkkkkkk.............
x apa lar....aku simpan je apa yg aku nak tu...hahaha... 

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

3 comments:

babeshellien said...

x lupa hari jadi ko bh..mau 20 tahun sdh..haha..
wish simpan di dlm hati jak? hehe

Nurulizzah Hidayah binti Musa said...

Salam..adik punya blog, samalah birthday ngn fahmi di sini...selamat hari lahir utk kmu b2.

Md.Fadzil Masri said...

ya tua sdh... n mmg sama ngan c pami ne....hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...