Followers Dia

May 15, 2011

Filem Kongsi Best Tapi........


Nak review sikit filem Kongsi yg popular ngan tagline dia "lu langsi lu mati", baru sempat nak buat entry sikit sal filem ne wlaupun dua hari yg lalu dah tengok. Kongsi ne mmg cite komedi yg baik punyerrrr! kitorang ngan saudara satu panggung ketawa stiap scene dia. Lakonan Shaheizy Sam mmg selamba dgn martial arts yg superb sebab 80% aksi lawan2 dia buat sendiri. Tak kurang hebat lakonan Yana Samsudin dan Fizo Omar yg jdi polis kat cni, srupa cerita polis Hong Kong dah aku tengok.

Ok kekuatan filem ne pemilihan pelakon yg baik, sesuai lar Sam jadi watak utama, so x heran lar kutipan kasar hari pertama tayangan RM1 juta lebey. Congratz kpd pengarah Farid Kamil kerana ada jugak menerapkan elemen 1Malaysia kat muvi ne. Aksi fight yg superb, boleh tahanlah setakat ne bagi filem melayu. Angle kmera filem yg smart. Paling aku suka kostum Tumulak (Sam) ala2 assasin kot. Lawak pon lawak terbaru dan garapan yg bijak sebab menyelitkan komedi walaupun sebenarnya filem ne menjurus ke arah filem yang ganas2 tembak dan bunuh sana sini. Thumbs up!.

Dah puji kena lah komen sikit, tp jgn nak tuduh aku ne x sokong filem melayu erk, sebab aku sokong lar aku komen, kasi up sikit next muvi hehe. Pendapat aku lah kan, filem ne mmg ada unsur 1Malaysia tp 1Malaysia untuk kumpulan geng samseng iaitu ketua geng melayu, cina dan india, bagilah 1Malaysia inspektor polis ke hehe. Aksi melompat p wayar tanglung pon ada kureng sikit tp good try lar. Ending filem pon x best sangat tp tak tau pulak kalau dorg sengaja buat ending begitu kot2 ada sekuel. Good Try!

Amat2 ditekankan di sini bahawa ini cuma pndangan aku, lain org lain selera dia kan. Apa-apa pon aku bagi 4 bintang kat filem ne. Nasib bek ada subtitle english sebab kat dalam ne ada byk sgt longhat kelantan yg aku x faham sgt, hehe tp bolehlah aku belajar kecek kelantan sikit.

Baru2 ne aku ada terbaca dalam satu blog tentang persamaan poster filem ne ngan satu filem yg len. Tapi mungkin, kebetulan ja lar kan.

Ada persamaan tak poster Filem Kongsi ngan Filem Ninja Assasin ne? dua-dua pelakon terkenal ne Sam dan Rain.
Selain tu ada satu lagi poster filem yg ada sedikit persamaan, korang nilailah sendirik ya. 

Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studio dan filem mat salleh Filem Centurion. Kaler je lain sikit.. tp x serupa sangat kot.
Ok ne trailer Filem Kongsi "Lu Langsi Lu Mati" untuk korang layan2 sbelum beli tiket kat panggung tu. Arahan Farid Kamil, terbitan Metrowealth Movies Production Sdn.Bhd dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin dan ramai lagi. Sokonglah filem buatan Malaysia!



Jom layannnnnnnnn!dialog feveret aku "Kongsi gelap gapo lagu nihh, hokk cubikk sikik jerik serupe pondaee" hahaha.

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

2 comments:

shkiri said...

bley x buang lgu bckground 2... amat mengganggu sbnrnya....

Md.Fadzil Masri said...

lagu??? rasanya tak penah aku bgi lagu bckground kat belog ne...hehe...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...