Followers Dia

May 15, 2011

Hati-hati Dengan "Lelaki Asid" & Cara Elakkan Terkena Simbahan Asid


Sekarang ne dah heboh lah kat laman2 sosial dan berita2 dlm negara tentang kejadian lelaki yang menyimbah asid di muka mangsa dan sasaran utama mereka ialah golongan perempuan terutama yg cantik2 tu sekitar ibu negara. So ini adalah antara maklumat yang telah dikenalpasti tentang penjenayah ini :

  • Polis menyatakan penjenayah ini melakukan aktiviti x bermoral dorang ne biasanya malam pada waktu kerja dan pagi semasa cuti hujung minggu.
  • Kawasan lain yang terlibat dengan simbahan asid (Taman Bandaraya, Brickfields, Pudu, Pusat Kuala Lumpur, Titiwangsa dan The Mall) adalah Jalan Tun Sambanthan, pintu belakang sekolah, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Conlay, Jalan Pudu Lama dan berhadapan shopping centre, Jalan Putra. Satu kes berlaku di Jalan Mantin, Negeri Sembilan.
  • Setakat ini lebih kurang 23 orang telah menjadi mangsa mat asid ne.
  • Mat asid ne menyimbah asid dengan menggunakan sebuah motosikal berjenis Honda EX5 dan nombor pendaftaran WPV 4963. No. pendaftaran motosikal WPV 4963 yang digunakan oleh penjenayah penyimbah asid adalah no pendaftaran palsu yang sebenarnya dimiliki oleh sebuah kenderaan jenis Proton Iswara.
  • Mat asid ne dikatakan memakai pakaian baju putih berkolar, berseluar gelap, umur lingkungan 30-an, serta bermisai. Menggunakan topi keledar hitam bervisor.

  • Gambar di atas dikatakan merupakan lakaran mat asid ne. Jika anda terjumpa sila laporkan kepada pihak polis dengan segera.
Malang tidak berbau! so, berhati2lah terutama kepada wanita2. Kejadian ini boleh dielakkan jika anda mengambil langkah2 yang bijak, antaranya:
  • Sentiasa berjalan dalam kumpulan. Kalau anda berjalan beramai2, mat asid pun akan fikir 2x nak serang anda.
  • Berjalan bertentangan dengan jalan. Jangan berjalan searus dengan pergerakan kenderaan kerana anda x dapat melihat siapakah di belakang anda dan anda boleh bertindak cepat jika terlihat suspek dengan motosikal beliau.
  • Digalakkan berjalan berdekatan bangunan-bangunan atau ramai orang. Berjalan kaki tu x payah lah dekat sangat ngan jalan raya dan elakkan berjalan ditempat yang sunyi.
  • Jika anda terjumpa suspek dengan menaiki motosikal dan mempunyai no. pendaftaran WPV 4963, cepat2 ubah haluan dan telefon polis atau rakan cop dengan segera ditalian 03-21159999.
  • PERHATIAN! jika anda terkena simbahan asid ne (moga dijauhkan), langkah yang patut anda ambil ialah bilas tempat yg terkena asid ne dengan air (rajin2 lah bawak air semasa jalan2), tak payah nak buang masa cari paip, jika ada air longkang sekalipun anda boleh bilas (tak payah takut ngan kuman, hospital ada antibiotik), jika anda air sirap di tangan pun anda boleh bilas ngan air tu.
  • Jangan gosok tempat yang terkena asid sebab anda seperti memaksa asid tersebut meresap ke dalam kulit.
  • Jangan dongakkan kepala sebab nti takut asid tu mengalir masuk melalui hidung, tundukkan kepala dan ludahkan dengan segera jika ada yang masuk ke dalam mulut.
Antara mangsa simbahan asid oleh lelaki asid di Kuala Lumpur.

Anda rasa kenapa mat asid ne sanggup buat benda macam ne? takkan lah dan fed up ngan pompuan kot. Paling kejam dan x berhati perut! Nampaknya negara kita semakin kurang selamat. Jom kita sama2 cari lelaki ini. Jika lelaki ini dapat ditangkap harap hukuman dia setimpal dengan apa yang telah dia lakukan dengan mangsanya.Jom ramai2 kita sebarkan maklumat ini, kepada wanita2 sila ambil langkah berjaga2, kepada lelaki2 pulak jagalah kawan wanita anda dengan baik.

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

2 comments:

Md.Fadzil Masri said...

Moga kita semua dijauhkan......

Sabrina Zaye said...

menakutkan..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...