Followers Dia

Oct 26, 2010

Satu lagi bangunan pencakar langit di Malaysia : Warisan Merdeka

Berkata mengenai Malaysia, orang luar pasti akan teringat pada Menara Berkembar Petronas yang suatu ketika dulu pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia. Semasa pembentangan bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan akan membangunkan satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd iaitu Warisan Merdeka bernilai 5 bilion ringgit dan dijangka siao pada 2015. Bangunan Warisan Merdeka ini akan menjadi menara tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas.



Selepas pengumuman tersebut, orang ramai memberikan pelbagai reaksi sehingga ada yang membuat satu laman di Facebook yang membantah pembinaan bangunan tersebut yang dikatakan membuang duit rakyat. Berikut ialah penjelasan pihak Permodalan Nasional Bhd yang dipetik dari akhbar Berita Harian (21/10/2010) :

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjelaskan projek Warisan Merdeka yang merangkumi menara 100 tingkat yang akan dibangunkan di ibu negara, tidak menggunakan wang kerajaan atau dana pelaburan saham amanah yang diuruskannya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan membangunkan projek itu menggunakan dananya sendiri atau mendapatkan pinjaman bank jika kadar faedah menarik, selain menjana dana di pasaran modal.
“Dana bagi tujuan membangunkan projek ini adalah daripada portfolio yang berlainan. Ia adalah daripada keuntungan operasi kami sejak 30 tahun lalu. Ia tiada kaitan dengan dana saham amanah bernilai RM115 bilion yang diuruskan PNB,” katanya pada taklimat mengenai projek Warisan Merdeka kepada editor kanan media di sini, semalam.

Berikut pula ialah penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipetik dari Utusan Malaysia Online :

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan projek pembangunan Warisan Merdeka yang turut merangkumi pembinaan menara 100 tingkat yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011, Jumaat lalu, adalah projek yang menguntungkan dan bukannya satu pembaziran.
Perdana Menteri berkata, rasional projek Warisan Merdeka itu adalah untuk merancakkan aktiviti ekonomi sekali gus mewujudkan kesan berganda kepada ekonomi negara melalui pengagihan kerjakerja kontrak.
Menurutnya, kawasan pemba ngunan itu juga akan menjadi pusat perniagaan menempatkan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera di bawah satu bumbung yang boleh dijadikan tarikan negara.
"Zaman Tun Dr. Mahathir (Mo hamad) buat jambatan Pulau Pi nang dulu, mereka (pembangkang) serang juga tetapi sekarang orang Pulau Pinang sendiri minta jambatan kedua, apabila Tun Mahathir buat Menara Berkembar Petronas, dia juga telah dipertikaikan.
"Bila kita buat menara 100 tingkat ini, rasionalnya sama, kita nak satu bangunan yang menjadi lambang negara yang bukan sahaja moden tetapi maju," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-61, di sini hari ini.
Projek Warisan Merdeka yang akan dibangunkan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dengan kos RM5 bilion itu dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijadualkan siap pada 2015.
Sejurus projek berkenaan di umumkan Perdana Menteri, parti pembangkang sebagaimana biasa melancarkan serangan kononnya ia adalah satu projek yang membazirkan wang rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau tidak pernah mengarahkan PNB melakukan projek tersebut dan menjelaskan cadangan serta rancangan itu dikemukakan sendiri oleh syarikat milik kerajaan (GLC) itu.
"Saya tidak mengarahkan PNB, mereka mencadangkan bahawa ini adalah sesuatu yang diingini pengurusan dan lembaga pengarah PNB," tegasnya.
Sementara itu, Najib sewaktu menjawab dakwaan kononnya projek Warisan Merdeka dan pe ngumuman tiada kenaikan tol selama lima tahun di empat buah lebuh raya milik PLUS yang ter kandung dalam Bajet 2011 sebagai tiada kaitan dengan belanjawan negara, berkata:
"Sesiapa yang bentang bajet bo leh terangkan segala perkara yang menyentuh kepentingan rakyat, ucapan belanjawan itu merang kumi segala-galanya,".










Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...