Followers Dia

Jan 18, 2011

Ceritera Contact lenses / Kanta Lekap



Hola semua, tiba2 lak rasa nak cerita sal kanta lekap atau dalam bahasa mat salleh dia 'contact lense'. Sekarang ramai dah pakai kanta lekap ne termasuklah hantu2 dalam Jangan Tegur, Jangan Pandang Belakang Congkak mahupun Ju-On.. tp colour semua sama ja iaitu putih...haha.


Al-kisah nya kanta lekap ne mula dilahirkan x lebih daripada pengganti si mata empat, maksud aku org yang memakai kaca mata, tapi disebabkan pkembangan fesyen dan teknologi kini ia telah berubah fungsi. Sekarang kanta lekap dan berwarna dan dipakai oleh mereka2 yang pentingkan penampilan dan tak kurang juga yang ingin menyamar menjadi mat dan minah salleh yg kurang menjadi penyamarannya kerana hidung x mancung..haha. Kanta lekap boleh dipakai oleh semua org tanpa had umur, malahan ada kes di mana bayi juga diberikan kanta lekap terapeutik untuk merawat masalah pada mata mereka.

Buka Facebook skrg dah banyak iklan pembelian kanta lekap secara online ne, kepada pembeli jika masih nak ada mata yg sihat dan boleh nampak lagi fikirlah dahulu sebelum mbeli kerana walaupun kos kanta lekap tersebut amatlah murah tp kos membedah mata tu lagi mahal geng. Kalau degil nak beli juga hendaklah merujuk kepada pakar optometris bertauliah yang memeriksa mata pengguna terlebih dulu bagi menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap ataupun produk yang telah menepati piawaian kesihatan Malaysia.

So, nak bagi tips juga lar kpd mereka2 yang berkenaan yang sedang dan akan memakai kanta lekap ne :



1. Kpd pengguna baru, ada yg keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

2. Pengguna juga perlulah membasuh tangan sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.

3. Wajibkan mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

4. Cara untuk mengeluarkan kanta lekap anda ialah dengan memandang ke atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.

5. Ambil perhatian juga, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.

Kepada mereka yang tak ambik berat akan penjagaan kanta lekap ne, berikut ne antara jenis2 komplikasi akibat penggunaan kanta lekap tnpa tauliah, jika menghadapi simptom2 berikut hendaklah merujuk kpd doktor dgn segera ya :


1. Superficial Punctate Keratitis (SPK)
Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.
Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

2. Alahan
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan spt debu, serbuk atau makanan ke dlm mata.
Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat  antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.

3. Keratoconjunctivitis Sicca / Sindrom Mata Kering

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

4. Korneal Edema
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

5. Infiltrates
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.

6. Jangkitan
Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

7. Microbial Keratitis
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.

8. Vaskularisasi Kornea
Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.

9. Giant Papillary Conjunctivitis (GPC)
GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.

Akhirnya, tidak salah menggunakan kanta lekap ini asalkan dari sumber yang betul dan tujuan yang betul. Niat untuk menjadi lebih menarik itu tidak salah jika kita berhias untuk kepuasan diri tetapi risiko kpd keselamatan diri juga jgn lar diabaikan..sebaik2 mata adalah mata yg ori yg bersama kita sejak dri lahir. Sayangilah mata anda!

Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

2 comments:

KCU_DBW said...

kena infection dah..tp xserik nak pkai lg...

Dr Akbar Abdullah said...


Bila seseorang itu memakai kanta sentuh, dia harus tahu mengenai risiko yang boleh berlaku sekiranya teknik penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan betul. Selain itu, sebaik-baiknya kita membeli kanta sentuh dan pencuci kanta sentuh yang berkualiti bagi memastikan mata kita tidak mengalami sebarang alahan terhadap kanta sentuh.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...