Followers Dia

May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu!


Hari ne 16 Mei special day buat insan2 yang bergelar GURU. Saat kita skrg berada d satu tahap yang tinggi sama ada di universiti, punya pekerjaan dan pangkat yg besar, tak pun skrg dah jadi orang yg berakal berbanding time nakal kat sekolah dulu. Jangan dlupakan jasa seorang guru itu, mereka x perlu phargaan itu smua. At least hari ne sama2 kita renung kembali jasa dan bakti mereka sejak dari Tabika atau pra hingga ke tempat kita berpijak sekarang.

Teringat plak time bagi hadiah Cawan dan Pen time hari guru kat sekolah rendah dulo. sesuailah ngan tema hari guru tahun ne "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara", guru memang orang yang "memanusiakan manusia" (bak kata pensyarah FPK aku).Jadi jangan nak sombong2 x tegur dorang kalau terjumpa kat mana2.

Nak ambik peluang ne untuk berterima kasih kepada semua cikgu2 yang pernah menjadi cikgu aku dari TABIKA, SK.Lubok, SMK.Weston dan pensyarah2 di IPGK Gaya ne. Tanpa anda semua siapalah saya. Saya akan buktikan pada kalian sya boleh BERJAYA! semangat ne, hehehe. Apa-apa pon TERIMA KASIH CIKGU!.

Kita layan dulu lagu tema Hari Guru 2011 ne, lepas tu layan pulak antara video yang menyentuh hati tengok guru pedalaman ne.



Kita layan pulak satu sajak yg mmg cukup bermakna, aku dapat sajak ne oleh seorang guru BI smasa aku buat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau ROS kat SK.Moynod Beluran,Sabah. Sajak ne bertajuk Why God Created Teachers.

Why God Created Teachers


When God created teachers,

He gave us special friends

To help us understand His world

And truly comprehend 

The beauty and the wonder

Of everything we see,

And become a better person

With each discovery.

When God created teachers,

He gave us special guides

To show us ways in which to grow

So we can all decide

How to live and how to do

What's right instead of wrong,

To lead us so that we can lead

And learn how to be strong.

Why God created teachers,

In His wisdom and His grace,

Was to help us learn to make our world

A better, wiser place.
Yang ne sajak dalam Bahasa Melayu lak yang memang sentiasa dekat di hati kita semua. Sajak Guru Oh Guru oleh Usman Awang.


Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Lepas baca jangan lupa FOLLOW dan KOMEN!

3 comments:

aqmalazmi said...

tibe-tibe teringin nak nyanyi lagu
lagu tema Hari Guru 2011
HAHAHAHHAA

Md.Fadzil Masri said...

jom ramai2...haha....

Muhammad Khairul Fahmi said...

smt hari guru bt genk2 mu d sana =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...