Teringat plak time bagi hadiah Cawan dan Pen time hari guru kat sekolah rendah dulo. sesuailah ngan tema hari guru tahun ne "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara", guru memang orang yang "memanusiakan manusia" (bak kata pensyarah FPK aku).Jadi jangan nak sombong2 x tegur dorang kalau terjumpa kat mana2.
Nak ambik peluang ne untuk berterima kasih kepada semua cikgu2 yang pernah menjadi cikgu aku dari TABIKA, SK.Lubok, SMK.Weston dan pensyarah2 di IPGK Gaya ne. Tanpa anda semua siapalah saya. Saya akan buktikan pada kalian sya boleh BERJAYA! semangat ne, hehehe. Apa-apa pon TERIMA KASIH CIKGU!.
Kita layan dulu lagu tema Hari Guru 2011 ne, lepas tu layan pulak antara video yang menyentuh hati tengok guru pedalaman ne.
Kita layan pulak satu sajak yg mmg cukup bermakna, aku dapat sajak ne oleh seorang guru BI smasa aku buat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau ROS kat SK.Moynod Beluran,Sabah. Sajak ne bertajuk Why God Created Teachers.
Why God Created Teachers
Yang ne sajak dalam Bahasa Melayu lak yang memang sentiasa dekat di hati kita semua. Sajak Guru Oh Guru oleh Usman Awang.
When God created teachers,
He gave us special friends
To help us understand His world
And truly comprehend
The beauty and the wonder
Of everything we see,
And become a better person
With each discovery.
When God created teachers,
He gave us special guides
To show us ways in which to grow
So we can all decide
How to live and how to do
What's right instead of wrong,
To lead us so that we can lead
And learn how to be strong.
Why God created teachers,
In His wisdom and His grace,
Was to help us learn to make our world
A better, wiser place.
Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
3 comments:
tibe-tibe teringin nak nyanyi lagu
lagu tema Hari Guru 2011
HAHAHAHHAA
jom ramai2...haha....
smt hari guru bt genk2 mu d sana =)
Post a Comment